Posts

Showing posts from November, 2021

BISNES SELEPAS COVID-19

Image
Bismillahirrahmanirrahim.  Sepanjang pagi saya mengambil masa yang lama untuk memcari kata-kata yang sesuai untuk di tulis.   Semenjak covid 19 bermula pada awal tahun lepas ( 2020) niat untuk aktif dalam penulisan blog tertangguh lagi.  Sebelum ini saya ada buka blog dengan nama nadhomebakery semenjak 2009. Di situ saya berkongsi resepi, tips memasak dan perniagaan saya.   Perkongsian saya tidak lah sehebat blogger yang lain tetapi hasrat saya untuk menulis masih utuh lagi.  Saya masih lagi berniaga cuma bezanya kali ini saya berniaga secara sepenuh masa kerana ini lah sumber rezeki utama buat saya dan suami. Sebelum ini perniagaan dijalankan secara sambilan atau 'income tepi' sahaja.  Semenjak suami saya diberhentikan kerja sewaktu covid 19 tahun lepas sememangnya tiada usaha lain yang mampu saya fikir. Kecewa, marah, sedih sedikit pun tidak terasa. Alhamdullillah, allah lindungi perasaan saya masa itu. Makan, baring tidur adalah aktiviti tetap ...