BISNES SELEPAS COVID-19

Bismillahirrahmanirrahim. 

Sepanjang pagi saya mengambil masa yang lama untuk memcari kata-kata yang sesuai untuk di tulis.  

Semenjak covid 19 bermula pada awal tahun lepas ( 2020) niat untuk aktif dalam penulisan blog tertangguh lagi. 

Sebelum ini saya ada buka blog dengan nama nadhomebakery semenjak 2009. Di situ saya berkongsi resepi, tips memasak dan perniagaan saya.   Perkongsian saya tidak lah sehebat blogger yang lain tetapi hasrat saya untuk menulis masih utuh lagi. 

Saya masih lagi berniaga cuma bezanya kali ini saya berniaga secara sepenuh masa kerana ini lah sumber rezeki utama buat saya dan suami. Sebelum ini perniagaan dijalankan secara sambilan atau 'income tepi' sahaja.  Semenjak suami saya diberhentikan kerja sewaktu covid 19 tahun lepas sememangnya tiada usaha lain yang mampu saya fikir. Kecewa, marah, sedih sedikit pun tidak terasa. Alhamdullillah, allah lindungi perasaan saya masa itu. Makan, baring tidur adalah aktiviti tetap saya selama beberapa hari. Fikiran memang kosong apalagi suami saya yang hanya berkerja makan gaji sebelum ini dan tidak pernah terfikir situasi ini akan terjadi. 

Saya bangkit semula dengan melihat peluang yang ada Kelangsungan hidup harus diteruskan. Hati kena cekal. 

Masa itu tidak boleh merentas negeri. Dah sah la raya memang tidak boleh balik. Kebetulan saya sememangnya menghasilkan ketupat daun palas sejak beberapa tahun ini. Tempahan yang diterima amat memberangsangkan. Raya tahun ini (2021) masih lagi menerima tempahan ketupat palas yang banyak semuanya gara-gara tidak boleh merentas negeri untuk pulang beraya di kampung. Ada antara tempahan terpaksa ditolak kerana membuatnya hanya saya seorang sahaja dan proses pembuatan yang masih tradisional lagi. 

Selepas raya haji 2021 tempahan ketupat palas sudah mula suam-suam kuku sahaja. Tempahan diterima semakin kuramg. Saya mati akal memikirkan hala tuju perniagaan saya. 

Bila kerajaan umumkan boleh merentas negeri dan beberapa sektor perniagaan dibenarkan beroperasi, perasaan lega mula terbit. Bila saya renungkan kembali perjalanan bisnes saya semenjak 2009, yang pasti cara berniaga tidak akan sama lagi. 

Sana-sini ramai orang keluar beniaga untuk memcari rezeki. Bermacam-macam produk makanan dijual yang viral atau tak viral sama sama memeriahkan.

Akhirnya pandemik covid 19 hampir mencecah 2 tahun, masih lagi rasa terumbang ambing dalam menjalankan perniagaan.  Ada masa terasa semput memikirkan modal yang ada dalam tangan dengan modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes baru. 

Zaman sekarang berniaga bukan lagi untuk orang susah. Semua orang nak berniaga, ada modal besar boleh buat bisnes yang lengkap dengan pakej marketing, tiada modal besar seperti saya, hihihi.....bergelut nak cari modal.

Apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk REBOOT bisnes saya. Kembali meniaga seperti mula mula berniaga dahulu cuma bezanya kali ini saya ada ilmu. Dulu saya tiada ilmu masakan dan tiada pengalaman.  Dulu saya ada pekerja untuk membantu. Kini team saya hanya saya dan suami sahaja. Saya kembali bangun 2 pagi setiap hari untuk memasak nasi lemak.  Sekarang di waktu saya menulis ini, saya sedang berniaga di tepi jalan.
















Comments